Assalamualaikum,
Cakap pasal diet, dalam hadis pun ader sebut "makanlah dikala tika kamu terasa lapar dan berhentilah makan sebelum kala datang rasa kenyang". Fahamkan tapi tak semua yg buat pun malah di anggap remeh sangat.
Ayat paling power "alah makan jer ler masa sihat ni kalau dah terbuntang atas tilam satu pun tak nak". Amboii sesedap rase lah pulak.
Jangan lah begitu kerana andai terlebih makan badan akan binasa. Allah s.w.t tidak suka kita menganiaya tubuh badan sndiri. Salah satu penganiayaan ini adalah makan secara berlebihan.
Elakkan makanan berminyak
Memang menjadi habit masyarakat malaysia yang memang suka makan, lambakan makanan segera dan pelbagai aneka juadah yang pastinya membuka selera. Namun dalam dunia yang serba tidak kepayahan untuk memenuhi nafsu makan itu adalah amat mudah, tetapi jarang difikirkan pengambilan yang kerap dan berlebihan akan menimbulkan masalah kepada tahan imun badan. Lemak berlebihan dalam badan akan menyebabkan ianya terkumpul dan lama kelamaan sekiranya lemak itu tidak di singkirkan ia akan memudaratkan badan dan disebabkan itulah wujudnya selulit. Iaitu lapisan lemak tepu yang memang susah untuk disingkirkan.
Sebagai contoh buah-buahan dan sayur-sayuran, stemcell semulajadi dalam sayur dan buah akan membantu proses pembaharuan kulit dan sistem penghadaman. Tepat sekali kalau dikatakan makan banyak sayur dan buah awet muda. Bertukarlah cara pengambilan dan gaya makan anda ke arah kesihatan.
Air Mineral / Air Masak
Air puteh, masak atau mineral perlu di ambil dalam kadar 3 liter sehari paling kurang untuk keperluan tubuh badan. Dengan adanya air puteh ini akan membantu mencernakan lemak-lemak terkumpul dalam badan. Boleh mengurangkan masalah sembelit.
Ais kiub / Air batu
Ais Kiub amat tidak digalakkan sama sekali kerana ianya akan mempercepatkan proses memejalkan lemak-lemak yang terkumpul dalam badan. Tidak elok untuk sistem saraf kerana akan memudahkan otot-otot kejang akibat pengambilan yang berlebihan.
Pengambilan Gula Yg Berlebihan
Kalori gula berlebihan akan memudahkan pembekuan darah, tahap kesedaran terhadap pengambilan gula ini kadang-kadang tidak terlalu dipraktikkan. Gula yang berlebihan sebagaimana yang kita tahu adalah memudahkan Penyakit Kencing Manis. Sekiranya gula berlebihan dalam darah ia akan menjurus kepada obesiti. Justeru kurangkan gula dalam apa jua pengambilan makanan atau minuman.
Senaman
Senaman paling tidak kita harus mengamalkan dalam 3 kali seminggu. Peluh yang keluar adalah kerana berlakunya proses pembakaran lemak dalam badan dalam tahap yang sedikit. Oleh kerana itu senaman amat perlu di amalkan disamping amalan pemakanan dan makanan tambahan atau supliment diperlukan untuk kestabilan tubuh. Jangan la pulak disalahkan mana-mana produk yang digunakan sekiranya cara pengambilan dan amalan pemakanan kita yang tidak teratur atau tidak betul sama sekali. Harus kita sedar usaha dan keyakinan diri amat penting dalam apa jua yang kita inginkan. Begitu untuk sihat, cergas dan cantik kita memerlukan semua itu.
APA ITU OBESITI DAN KENALI OBESITI
dah banyak artikel yang memaparkan tentang obesiti dan terbukti rakyat Malaysia menghadapi masalah obesiti yang tinggi.
bila dah obesiti kita akan cepat rasa mengantuk dan tahap lemak tepu dalam badan mudah terbentuk secara semulajadi kerana sistem penghakisan dalam mesin cerna pun sama terhenti.
memang comel kalau dilihat secara luaran, tapi ianya adalah satu masalah kalau tak dibendung sekarang. kanak-kanak akan mudah terkena asma, masalah jantung, dan kandungan darah di usia muda.
antara risiko-risiko yang harus di hadapi oleh anda yang menghadapi masalah obesiti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan